February 19, 2008

Wanita = Cengeng ex. me :')

Oleh Raja Yusoff Arifin

Jika kelemahan lelaki dan wanita kita ambil, pastilah kedua-duanya tidak akan hidup berpasangan. Namun, sudah menjadi fitrah serta tuntutan hidup bahwa lelaki dan wanita saling memerlukan hingga terwujudlah percintaan dan perkawinan.

Perkawinan yang benar serta bersih adalah antara lelaki dan wanita. Mustahil berlaku perkawinan sesama lelaki atau sesama wanita. Hanya perkongsian hidup lelaki dan wanita saja yang menghasilkan zuriat untuk kelangsungan kewujudan manusia di dunia ini.

Satu perkara yang menarik mengenai perhubungan lelaki dan wanita dalam konteks suami-isteri, ialah lelaki selalu berbohong dan wanita sering menangis.

Mengapa hal sedemikian terjadi?

Menurut Pakar Runding & Kaunselor Profesional, Dr. Tajudin Ninggal, lelaki dan wanita memang selalu serta wajar berkomunikasi antara satu sama lain. Katanya, dalam berkomunikasi itu, ada beberapa perkara timbul.

“Wanita bimbangkan masa depan sehinggalah dia bergelar isteri. Sedangkan lelaki tidak pernah bimbangkan masa depan sehinggalah dia bergelar suami,” katanya.

Secara berseloroh, beliau berkata masalah wanita memang bermula daripada lelaki. Beliau menyebut beberapa perkataan dalam bahasa Inggris yang mengandungi suku kata men, his dan guy yang berkaitan dengan masalah wanita. Sebagai contoh, menopause, mental illness dan menstrual pain, histerectomy dan guynaecologist.

Beliau turut menyatakan satu hakikat dalam ungkapan yang menarik, yaitu wanita berbohong agar lelaki berasa senang. Sementara lelaki berbohong agar dirinya kelihatan baik.

Lelaki berbohong untuk kebaikan dan malu bergantung pada seseorang. Mereka mengambil alasan ini untuk menyelamatkan diri dan meredakan suasana,” jelas Dr. Tajudin.

Tambahnya, wanita menangis untuk menyelesaikan tiga perkara, yaitu membersihkan mata, mengeluarkan kimia stres dari tubuh dan sebagai tanda bersedih akibat perasaan yang amat tersayat. Perhubungan yang baik antara lelaki dan wanita amat wajar diwujudkan. Jika tidak, hilanglah seri kehidupan ini.

“Untuk mewujudkan hubungan yang baik itu, lelaki dan wanita perlu berkomunikasi dalam dua bahasa, yaitu `bahasa lelaki’ dan `bahasa wanita’. Jika tidak, lelaki dan wanita akan terus saling menyalahkan,” tambah beliau.

Ada beberapa perkara yang diperlukan lelaki dan wanita. Yang menariknya, jumlah perkara tersebut sama banyak, yaitu kedua-dua lelaki dan wanita memerlukan enam perkara.

Lelaki memerlukan kepercayaan, persetujuan, penghargaan, kekaguman, keizinan dan galakan.

Wanita pula memerlukan perhatian, persefahaman, hormat, kesetiaan, pengesahan dan keyakinan.

Terdapat beberapa perkara yang kerap dilakukan wanita yang boleh menyebabkan lelaki berbohong serta merenggangkan perhubungan lelaki-wanita sebagai suami-isteri, yaitu bertanya soal remeh.

“Lelaki memang tidak suka mendengar leteran dan soalan remeh. Semakin banyak dileteri dan ditanya, semakin dia tidak mempedulikan. Oleh kerana terus diasak dan bosan, dia pun berbohong untuk meredakan keadaan,” jelasnya.

Selain itu, lelaki akan menganggap dirinya telah memberikan kepuasan penuh jika wanita tidak bertanya untuk meminta bantuan. Bagaimanapun, meminta bantuan perlu dilakukan dengan wajar. Jangan berselindung atau seperti mendesak. Wanita perlu meminta dengan berterus-terang, ringkas dan menggunakan perkataan seperti `Boleh tak?’.

Seperkara lagi yang tidak boleh dinafikan ialah lelaki mampu menjadi penyelesai masalah. Ini kerana, otak lelaki berorientasikan penyelesaian, sedangkan otak wanita berorientasikan proses.

Semoga kerjasama antara lelaki-perempuan ini dapat melahirkan sebuah hubungan yang harmonis seterusnya membentuk keluarga bahagia
~~

eh ternyata ini postingan yg ke 100 lho n' tepat setaon kemarin aq mulai ngeblog :')

No comments: